Sunday, October 31, 2010

Hujung minggu, janganlah berlalu~~ (^___^)

Alhamdulillah.. selepas jenuh berhempas pulas menyediakan laporan yang sungguhlah banyaknya dan sibuk bekerja sepanjang minggu lepas, akhirnya hujung minggu datang lagi.. ;) sejak bergelar seorang isteri merangkap mama nie, hujung minggu memang merupakan masa yang sangat ditunggu2!! sebabnya.. masa untuk diluangkan bersama orang2 tersayang tu menjadi lebih extra pada hujung minggu berbanding hari2 biasa.. dan seperti selalunya, hari ahad lah hari yang paling indah sekali!! (^___^)

Dan tentunya hujung minggu seperti ini, memang seronok melihat telatah baby airina yang semakin pelbagai itu.. bila semakin membesar, makin tak menang tangan dibuatnya melayan kerenah puteri nan seorang ini..mujurlah ada encik bobo yang sangat2 memahami juga sangat superb dalam menguruskan hal ehwal baby2.. sungguh, sangat2 bertuah rasanya sebab sedari awal kelahiran, encik bobo memang tak pernah kedekut tenaga untuk berjaga malam.. malah kalau dihitung2 rasanya mama baby sebenarnya lagi awal tidur daripada papa baby!!! (huhuhuhu ;p).. alhamdulillah.. semoga kebahagiaan ini akan sentiasa berpanjangan selamanya.. insyaAllah~~

Wednesday, October 27, 2010

Di suatu tengahari yang hebat~~ :)

Alhamdullillah, tengahari tadi tertunai juga hasrat daripada minggu lepas untuk menikmati makanan kegemaran merangkap makanan yang sangat2 suka untuk ditelan~~ spaghetti meatball!! (^___^) tak tahulah kenapa, sejak akhir2 ni macam asyik teringin untuk menikmati bebola2 ni je setiap hari.. ;p


tapi nasib baiklah ada 'kakak garang' yang selalu ingatkan supaya tidak membazirkan duit tak tentu hala (huhu susahlah kalau bab2 makanan ni, sowi ye kakak J ) emmm... dan hasilnya....

perut sungguh kenyang dan telah bertukar seperti  gambar di atas!!! -- teddy bear yang moncet!!! ;) ohhhh thanks kakak garang sebab sudi temankan saya lunch hari ni dengan makanan yang sungguh enak.. huhuhu 

Monday, October 25, 2010

Keinginan yang terlupus.. :p

Pagi ni, perkara yang mula2 difikirkan bila sampai di ofis ialah masa untuk menunaikan wishlist untuk airina yang telah mula diidam2kan pertengahan bulan hari tu.. (wishlist mama airina sebenarnya.. ;p) wishlist apa? wishlist untuk membelikan airina kerusi comel yang nampak2nya macam sesuai untuk untuk memudahkan dia menikmati makanannya nanti.. (alasan semata2 ;p).. tapi selepas berbincang2 dengan cik auntie Juita ('partner in crime' di ofis merangkap Financial Advisor aka Pegawai Penapis Barang2 Yang Tidak Diperlukan ;p).. jadi terpaksala keinginan tersebut dilupuskan.. huhuhu. alasan beliau ialah daripada membeli kerusi yang entahkan airina akan guna atau tidak tu, lebih elok disimpan untuk membeli katil 'single' nya kemudian hari nanti.. ;p emmm satu alasan yang bagus!!.. :) baiklah! dengan itu cadangan tersebut diterima dengan hati yang terbuka setakat petang ini.. dan harap2nya sampai esok pun hati ini masih setia bertahan daripada godaan duniawi lah ye cik auntie Juita~~ (^___^)

Hari yang indah~~

Emmm indahnya kalau hari2 pun, hari ahad~~ ;p arini, macam biasa, adalah hari bermain dengan lil airina dearry secara maksima.. ;p seronok betul tengok dia berguling2 sambil mulut kecik dia membebel2.. sangat comel!! :D habis satu ruang tamu nie dia jelajah.. dan sangat tak sabar rasanya nak tunggu dia berjalan nnti :) kalau ikutkan, rasa mcm malas je nak ke mana2 (termasuk bekerja ;p) sejak ada nya budak kecik comey nie.. melayan dia bermain, mendengar mulut dia yang riuh tu bersenandung entah apa.. melihat senyumannya yang manis (sangat kiut bila dia senyum sambil kenyit mata).. memang saat yang paling indah dalam dunia seorang mama sepertiku.. dan harap2nya, selamanya pun akan dapat menikmati keindahan yang sebegini.. insyaAllah~~ (^___^)

Sunday, October 24, 2010

Saya budak baru belajar~~ ;p

Emm.. sebenarnya cita2 untuk memiliki blog sendiri nie da lama sangat terpendam dalam hati.. ;p tapi disebabkan tersangat2 la bizi, jadi niat tu tertangguh sekian lamanya.. tiada langsung niat untuk meng'expose'kan diri secara berlebihan, cuma untuk menulis apa saja yang terdetik di hati, berkongsi tentang apa saja yang boleh dikongsi yang tidak terlalu privasi.. tentang persahabatan, tentang hidup, tentang cinta, tentang kami.. dan segalanya -- TenTaNg KiSaH KiTa~~ (, ^^)(^_^)(^^ ,)