Wednesday, December 22, 2010

Kembali ke Tempat Asal~~ (^__^)

Alhamdulillah.. tamat sudah kursus induksi selama 5 hari 4 malam yang penuh dengan pahit manis~~ manisnya, dapat berjumpa dengan kroni2 yang jauh terpisah selama nie.. ;p ;p dan pahitnya pula, terpaksa menghadapi kursus yang sangatlah padat jadualnya dan menginap di hotel yang sangatlah kronik servisnya mengalahkan rumah tumpangan.. hehehe (apa da punya hotel, orang lain nak bukak hotel dia pun nak bukak jugak.. tapi servisnya tahap negatif.. buat malu je.. jangan harap nak pergi situ lagi.. hehehe)

Seronok betul balik ke tempat asal, dan semestinya yang paling seronok tentunya dapat peluk cium baby kesayangan yang dah berhari2 ditinggalkan.. rindu sangat2!! bawa bantal ke baju ke pun tak sama dengan nampak orangnya di depan mata (^__^) happy je airina bila tengok mama dia dah ada kat rumah.. melompat2 ke'excited'an dia bila didukung.. mungkin sebab dah lama sangat tak berjumpa ;p ;p dan paling syahdu bila si kecik comey nie pandai dekatkan mulut comel tu kat pipi mama dia sambil cium2 tak nak berhenti.. suka dan terharu sangat2!! ;p ;p

Emmm hari nie pun dah mula bekerja kembali.. (semalam ambil off sebab nak lepaskan rindu dengan baby dan kemas2 kan kain baju. huhu) biasalah bila dah lama tak masuk ofis nie.. kena lah ambil masa untuk charge tenaga dan mud balik.. *alasan2* hehehe

Apa2 pun selamat kembali bekerja untuk diri sendiri!! :) :) semoga setiap pengetahuan yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk kemajuan kerjaya dan harap2nya berjaya lah lulus induksi tu dengan jayanya dan boleh confirm tak lama lagi~~

dan tak lupa juga~~ happy bestest bestday buat kakak tersayang kakngah nina yang ke tetttttt pada hari ini.. *petang nanti orang blanja piza eh... ;p ;p sayang akak sangat2 tau :) :) :)

(, ^^)(^_^)(^^ ,)

Wednesday, December 15, 2010

'Touching Mode' in da house~~ huhuhu


Salam,

Tak ada apa2 yang menarik pun untuk diupdate sebenarnya.. sebab dah dua tiga hari nie dok layan 'touching' mode je.. huhuhu.. waaaaaaa kan best kalau tak payah pergi kursus bagai2 nie lama2.. :( :( tak ada mudnya la nak berjauhan dengan baby kesayangan.. huhuhuhu

Barang2 pun tak kemas lagi nie. malas nak fikir sangat. yang penting nak kena fikir macamana nak sampaikan ke hari isnin depan dengan pantasnya. hahahaha

Tak apalah kan. moga2 dikuatkanlah hati melalui 5 hari nan tak indah yang akan datang nie nanti..

sabarlah hati~~

hujan di hati siapa yang tahu~~ huhuhu

(-__-) <-- tak ada mud tahap nak nanges 5 hari 5 malam!!!!!! :( :( :(

Monday, December 13, 2010

Ada apa dengan 'baby doll'? ;) :)

Salam,
Rasa2nya, semua orang pun sedia maklum, baby doll memang salah satu permainan tradisi budak2.. macam tak lengkap je dunia kanak2 tanpa kehadiran baby doll.. ;p ;p dan baby doll nie pulak jenisnya bermacam2, kalau nak cerita memang dua hari tiga malam pun tak akan habis.. ;p ;p

Tapi, kalau baby alive doll.. pernah dengar ke apa benda nya tu? huhu
Kisahnya pagi tadi masa tengah sibuk berbual2 dengan kawan seofis, sibuklah bercerita tentang ada seorang kawan yang belikan anak dia benda alah nie.. katanya mainan berfizikal baby nie boleh makan, menangis dan gelak2 semua, siap boleh buang2 air sekali gitu.. hebat betul ye teknologi ;p ;p emmm rasanya macam pernah nampak je anak patung yang macam tu dalam iklan kat tv, tapi tak pernah ambil kisah pun.. ;D ;D tapi dalam pada tu sibuk juga lah nak gugel2 tentang anak patung nie dan ini lah hasilnya~~

nie la baby alive doll tu.. huhuhuhuhu

emmm banyaknya fungsi.. ;p ;p ngalahkan budak sebenar pulak :) :)

Emmm comel ke? boleh la.. ;o ;o dah lama rupanya benda nie ada kat malaysia... kat oversea apatah lagi :) :) macam2 design ada, pilih je nak yang 'berdarah' apa ;p ;p tapi kalau tanya pendapat peribadi lebih kepada scary je. sekali imbas macam anak patung dalam cerita child’s play yang chucky tu je, tapi versi perempuan :) :) emmm harap2nya airina dah besar nanti tak adalah berkenan dengan baby doll scary2 macam gini ye sayang, sebab mama memang takkan beli kan kalau nak patung2 menyerupai manusia nie ye nak.. ;p ;p *nangis la guling2 pun, mama akan tetap cakap no! no! no! jugak ;p ;p kalau orang bagi pun mama akan dengan penuh sopan santunnya menolak sebab mama memang takkan benarkan airina main dengan benda2 yang macam nie, okey? ;p ;p *emm kalau dapat Barbie doll mama hantar Barbie tu kat auntie anna untuk buat kek :D :D tapi kalau nak teddy bear tak apa, nak satu mall pun mama boleh usahakan.. hehehe


haa... kalau yang nie baru comel, nak 100 pun mama boleh belikan :) :)

moral of the story~~ mama dia memang teddy bears die hard fan!!! so, no other dolls allowed!!(^_^) muahaha <-- gila kuasa mama airina nie :) :)

(,  ^^)(^_^)(^^  ,)

Friday, December 10, 2010

Happy Yang Tak Berapa Nak Happy :) :( :( :(

Salam,
Huhhuhu.. surat kursus sudah sampai!!! happy ke? mestilah happy sebab tak lama lagi bolehla confirm.. tapi yang tak happy nya terpaksa lah tinggalkan baby untuk 5 hari.. waaaaaaa sedih sangat :( :( :( * perasan tak ada satu je :) kat tajuk entri tu, tapi ada 3 :( kat tajuk yang sama, maknanya tak berapa nak happy la tu. huhuhu :( :( :(
Tak boleh nak bayang macamana perasaannya bila berjauhan dengan baby tersayang.. ;( :( dengan encik bobo dulu selalu jugakla berjauhan bila dia kena ‘outstation’, tapi tu pun tak pernah lebih dari 2 hari berturut2.. huhuhuhu

nie lah 'budak baby' yang selalu buat mama n papa dia gembira setiap masa~~ ;p ;p

Emmm.. mesti susah nak tidur malam2 sebab selalunya tiap2 malam sebelum tidur mesti nak kena main2 dengan baby.. mesti rindu sebab selalu airina mesti nak menyanyi2 kat mama dia dulu sebelum tidur.. huhu. emmm airina cayang jangan nakal2 tau nanti kat rumah dengan papa.. jangan buli2 papa ye sayang.. hehehe

(,  ^^)(^_^)(^^  ,)

Wednesday, December 8, 2010

Menanti 'sesuatu' yang tak pasti.. :( :(

Salam,
Emmm entah apa2 jelah tajuk entrinya :) :)
Sebenarnya, mud agak kecewa sikit sejak kebelakangan nie. yang penting bukan hal2 famili ye yang membuatkan saya menjadi kecewa, sebab famili lah anugerah yang paling bermakna dalam dunia nie, yang selalu buat diri ini rasa sangat2 bahagia dan over2 gembira ;) ;)
Alkisahnya bulan sepuluh hari tu lagi me n my batch da genap 2 tahun dah bermastautin kat sini.. baru dua tahun++ tapi rasa macam dah berpuluh2 tahun due to the working environment.. huhu. **tapi tak kesah pun sebab kerja kat mana2 pun tetap ada cabaran dan kompleksitinya sendiri, kan. ;p ;p exam sudah. induksi khusus sudah. BTN pun sudah. yang tak sudah2 nya cuma induksi umum je. ada orang masuk lagi lambat dari kami dekat department lain pun dah selamat confirm okey. penat jugak nak tunggu confirm semata2 sebab tak setel yang satu nie lagi. tapi tulah kan. sangat2 geram dengan ‘orang’ yang sepatutnya setelkan benda2 nie semua. tapi nak marah2 pun satu ofis jugak. lagi pun dah pangkat makcik2. faham2 lah sendiri tugas masing2. takkan la sampai nak kena sound teruk2 baru kerja nak jalan. aduyai.. :( :(
Nasib baik lah ada teman satu batch yang tengah cuba usahakan untuk dapatkan jugak kursus nie untuk kami hujung tahun nie. mujur ada akak yang rajin tu. sayang kak zie. hehe. :) :) dan dengar2nya tinggal tunggu surat je menyusul. harap2lah. yelah lama mana lagi nak menunggu. boleh jadi demotivate pulak. heh. apa2 pun dalam pada tu berbelah hati jugak. sebab kalau jadi kursus tu makanya terpaksalah berjauhan dengan baby buat seminggu dua.. waaaaaa nie yang paling tak sanggup sekali nie :( :( nak  bawak baby sekali boley tak.. huhuhu
(,  ^^)(^_^)(^^  ,)

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah :) :)

Salam,

Sedar tak sedar, dah nak masuk tahun baru petang nanti.. :) :) kejap betul masa berlalu, yang pastinya tahun nie dipenuhi dengan bermacam2 kenangan yang sangat manis buat diri ini dan keluarga.. ;p ;p dan semestinya, kehadiran buah cinta tersayang -- luvly airina cayang, benar2 menjadikan hidup bersama encik bobo begitu bermakna.. ;p ;p

Banyak yang masih kurang dan untuk diperbaiki pada tahun depan.. ;p ;p semoga tahun baru yang akan datang nie akan menjadikan kita insan yang lebih baik daripada hari ini.. :) :)

Tengah2 semak emel, masuk pula emel di bawah nie.. makanya dipanjangkan lah emel tersebut yang baru je diterima tadi buat renungan bersama untuk teman-teman sempena Awal Muharam ini..

Daripada Ibni Abbas,

“Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua
malaikat memeliharanya pada tahun itu”.

Doa itu bermaksud,
“Wahai Tuhanku, Engkaulah selamanya didahului
pada tahun baru ini hamba bermohon kepada engkau semoga terpelihara
daripada syaitan dan pemerintah syaitan dan hamba memohon pertolongan Engkau, peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat, dan yang membimbangkan hamba akan perkara yang menghampirkan hamba dengan Engkau wahai yang Mulia”.

Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.

Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah:

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.

Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib
pada malam 1 Muharam:

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,

“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.

Salam Maal Hijrah~~ (^__^)

Thursday, December 2, 2010

Hari-hari, Hari Gaji~~ :) :)

Hahaha. Entah apa2 je lah tajuk entri hari nie :) :) Tapi bagus juga kan kalau hari-hari pun gaji masuk.. masyuk betul :) :)

Ceritanya tengah asyik bergugel tadi, dengan 'tak sengaja'nya ter'tekan'lah carian tentang gaji.. ;p wah, dah keluar rupa2nya jadual gaji bagi tahun depan :) :) *kat sinilah info tersebut mula2 diperolehi ;p ;p emmmm siapa tak seronok bila tiba bab2 gaji begini kan. ada ke orang yang tak suka dapat gaji eh? ada ke? kalau betul ada memang tabik la sama itu orang :) :)

Emm, tapi macam biasa  lah, untuk memastikan maklumat tu tepat lagi sahih, mestilah mangsa gugelan seterusnya yang paling utama ialah seperti di sini  ;p ;p sah, apa lagi. terus lah print pekeliling tersebut bersama lampirannya sekali.. *semangat betul mak budak nie ;p. hehe. oooh, dah keluar sejak 22 haribulan November rupanya, ketinggalan sungguh.. ;p ;p

Dan berikut adalah hasil usaha bersungguh2 membuat kotak2 tersebut untuk dimasukkan ke dalam entri ini bagi tujuan persendirian :) dan juga teman-teman yang berkenaan ;p (yela, takkan nak copy  senang2 je dari blog orang lain atau daripada laman sesawang anm pula kan, tak pasal2 kene pertuduhan bawah akta hak cipta je.. huhu


Jadual Pembayaran Gaji Bulanan bagi Tahun 2011

Bulan
Tarikh
Hari
Catatan
Januari
25.01.2011
Selasa

Februari
*24.02.2011
Khamis
(Tahun Baru Cina –
03 & 04.02.2011)
Mac
24.03.2011
Khamis

April
25.04.2011
Isnin

Mei
24.05.2011
Selasa
(Pesta Menuai - 30 & 31.05.2011)
Jun
*23.06.2011
Khamis
(Hari Gawai –
01 & 02.06.2011)
Julai
25.07.2011
Isnin

Ogos
24.08.2011
Rabu
(Hari Raya Puasa –
30 & 31.08.2011)
September
22.09.2011
Khamis

Oktober
20.10.2011
Khamis
(Deepavali – 26.10.2011)
November
*24.11.2011
Khamis
(Hari Raya Haji - 06.11.2011)
Disember
19.12.2011
Isnin

(Hari Krismas - 25.12.2011)

* Nota : Gaji bagi Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak
   dibayar awal kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada
bulan berkenaan.

** sumber : Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Okey, selesai :) :) *tapi mutu jadual sangatlah hampeh... save .png format jadi blur pulak, sudahnya tampalkan saje la guna .word format. adesss. huhu. suka sangat jadual gaji tahun 2011 nie sebab gajinya memang masuk akhir bulan.. :) :) jadinya acara2 seperti 'terlajak' berbelanja bila gaji masuk akhir bulan semasa dan awal bulan berikutnya tu memanglah dapat dielakkan :) :) lagi2 mama2 baru macam mama airina nie bukannya boleh ada duit terlebih sikit, mulalah asyik nak 'ter'shopping barang2 baby secara besar2an je. walau pun bukan di musim mega sale. huhu.

Dengan adanya jadual nie, senangla sikit nak merancang apa2 acara cuti2 malaysia ke, cuti2 oversea ke, kenduri2 kendara ke, shopping menyopping ke, nak tambah baby baru ke ;p atau apa2 sajalah rancangan yang nak dibuat.. sangat terima kasih ye kepada encik jadual gaji :) :)

Tuesday, November 30, 2010

"Misi" Mode : Menjaga Baby 'Besar' sambil Planning2 Holiday Hujung Tahun ~~ ;)

Salam,

Huhu. hari nie mode semasa ialah menjadi 'misi'. ada ke sesiapa yang tak pernah dengar misi tu apa? misi tu dalam bahasa saintifik nya dikenali sebagai 'nurse' ;p masuk hari nie, dah dua hari dah bercuti sebab baby 'besar' masih lagi dalam mode tak berapa nak sehat. terpaksalah jadi misi tak bertauliah sebab dia asyik meragam je. kesian betul kat dia. makin kecut je pipi yang memang tak berapa nak moncet dah tu. nasib baik lah mata bulat dan besar. jadinya tak lah nampak muka dia kecik sangat. hehe

Emm sehari dua nie macam ada mud nak planning untuk bercuti2 je. maklumlah dah nak hujung tahun. macam seronok pula nak pergi cuti2 malaysia. tapi tempat mana yang seronok nak pergi musim2 hujan macam nie agaknya ye? bulan lepas pun balik kuantan pun tak sempat singgah pantai nak jalan2 macam selalu sebab cuaca tak mengizinkan. huhu

Tapi dalam hati macam teringin sangat nak pergi Genting.. boleh ke bawa baby bawah setahun naik cable car eh? tapi kalau pergi berfamili nie macam seronok je pergi drive sendiri sampai kat atas tu.. huhu. tapi macam kesian pula dekat baby.. yela, dia bukan nya faham apa pun lagi. mesti dia musykil tempat apa sejuk2 nie lepas tu kene duduk dalam stroller je sambil pakai baju sejuk. nampak macam mama dia je yang ter'excited' lebih nak pergi jalan2. rindunya nak naik 'roller coaster'.. huhhhuhu

Emm nampak gayanya tunggu airina setahun dulu lah ye. banyak betul tempat dalam kepala nie nak pergi nanti. lagi pun macam risau juga nak berholiday musim hujan macam nie. silap2 banyak benda yang tak boleh main daripada yang boleh.. huhu. lagi seronok kalau dapat pergi dengan Mak, Abah, Ciklie, Along dan Kakngah sekeluarga sekali. mesti meriah sangat. okey, nanti kita buat planning baik2 punya ye. hehehe

Monday, November 29, 2010

Baby Baru vs Baby 'Besar' :) :)

Salam,

Alhamdulillah, tanggal 27 November 2010 baru2 nie, tepat jam 4.55 pagi.. bertambah lagi seorang ahli keluarga atuk Ra'far (^___^).. baby keempat Along nie merupakan cucu ketiga yang lahir untuk tahun nie (selepas airina dan baby Kakngah), menjadikan cucu semasa atuk dan opah mencapai ke angka 8. hehehe. produktif sungguh tahun nie, habis semua anak2 yang dah berkahwin beranak. maklumlah tahun harimau. hari2 mau. aummmmm. hahahaha ;p

Jadinya lepas je dapat perkhabaran gembira dari Along, subuh2 tu jugak terus telefon tanya keadaan Kaklong dan baby.. alhamdulillah dua2 pun sehat2 je.. happy sangat rasanya ;p ;p nie yang buat rasa excited je nak pergi menyerang nie.. :) :) dan disebabkan bersemangat sangat nak tengok baby baru, makanya petang2 tu jugak lah bertolak ke puchong  lepas menghadiri kenduri berkhatan di rumah boss encik bobo.. *mula2 ingatkan nak pergi melawat dekat pusat perubatan az-zahra je, alih2 Along inform tengah buat bill sebab da boleh discharge. jadi pergilah rumah je terus...*

Mempersembahkan 'hasil' buah cinta Along dan Kaklong yang keempat~~

iffah nur sofeea~~ cinta hati baru keluarga kami :) :)

Comel sangat kan, tengok mata dia tu, sah2 copy paste mata ayah yang sepet lagi kecik tu. hehehe

Habis cerita tentang baby baru. Sambung pula cerita tentang baby 'besar'. hehe

Baby 'besar' aka airina comey masuk hari nie dah hampir 2 hari kena cherry berry.. :( :( kesian dia, sampai merah2 da kat montot comey tu. tak pasal2 hari nie cuti emergency mama dia. mula2 risau jugak, tapi opah nya kata mungkin nak tumbuh gigi atau nak dapat benda baru kut sebab lain baby, lain pesennya. ada yang demam2, ada yang poo2 poo2. harap2 macam tu la. lagipun lasak semacam je dia, takde rupa pulak macam budak tak sehat. cuma kadang2 je meragam sikit. mungkin tak lena tidur sebab asyik terbangun je malam2. makin kecut pipi moncet sayang mama nie.. tak sampai hati pulak nak hantar ke rumah pengasuh bila baby tak berapa nak sehat nie. huhu

sian cayang mama nie, kepengsanan sebentar sebab letih sangat ye.. huhuhu
Emmm walaupun tak sehat2 macam tu, akal tetap panjang je. dengan bangganya hari nie selamat dah majalah ujang mama kena koyak2 dengan budak kecik comey nie. nasib baik perasan, kalau tak selamat kene makan je lah majalah mama tu sekali dengan dia. huhu. geram betul tengok dia sempat sengih2 lagi sambil buat acara tu. airina, airina.. macam2 hal ye. tapi itulah yang selalu buat mama dan papa rindu sangat kat dia.. ;p ;p cepat sembuh ye sayang, mama dan papa sayangkan dia sangat2 tau... :) :)  

Monday, November 22, 2010

Sakit Hati vs Cik Kartun :) :)

Pagi tadi asalnya datang kerja mud elok je sebenarnya, tapi lepas ‘satu insiden’ nie, terus mud lari~~ macam jumaat lepas jugak la.. haish..
Sudahnya sebab geram sangat (tak nak cakap sebab apa) makanya pergilah intai2 dekat encik gugle ada tak apa2 cara yang best untuk hilangkan sakit hati tersebut (haha sekarang nie nak cari apa2 gugle saja oke, pasti semuanya ada :) :)
Eh? macam2 pulak yang keluar, siap ada cara2 nak hilangkan bengkak usus lagi (huhuhu takde kena mengena langsung ;p )
Sudahnya pergi gugle gambar pulak, mari kita tengok apa yang ada.. :) :)
Hehe, comel pulak yang nie.. ;p ;p

Emmm, mempersembahkan senaman cik kartun yang comel bagi menghilangkan rasa sakit hati a.k.a tensyen :) :)
Mula2 kalau dah tensyen sangat, bolehlah goyang2 kepala sikit je...

ehehe sikit2 saje ye, nanti teleng pula kepala tersebut ;p

Lepas tu kalau tak elok jugak, boleh cuba lari2 setempat ye ;p

best nie, ala2 jogging gitu. heheh

Sambil tu boleh menyanyi2 sekali ye untuk meminimakan lagi rasa amarah tersebut :) :)

pastikan suara sedap ye, takut ada yang terpengsan pula :)
Jerit2 manja oke jugak, tapi jangan over sangat nanti terkejut rakan taulan sebelah menyebelah ;) :)

comelnye, pening pulak kalau jerit laju2 macam nie :)

Waaaah acara seperti di bawah ini tidak dibenarkan ye, takut nanti semua rakan sekerja cabut lari ;p ;p

ganas betul, jangan buat seperti aksi di atas ye kawan2 :p

Kalau tak hilang jugak bolehlah ambil short nap seperti di bawah ini, tapi pastikan jangan berlebih2 pulak tak pasal2 karang sedar2 je pintu ofis dah berkunci.. tak ke haru, tak memasal je kene tido kat ofis. seram tu. huhuhu

ada berani ke nak tido masa office hour?? :) :)
Dan akhir sekali, bila mud dah baik tu jangan lupa kembali senyum oke, kan ke senyuman tu satu sedekah :p ;p

hoyeee!! ;p ;p

Emm.. teringat dulu2 masa belajar pernah jugak dapat emel kartun2 macam nie, tp lain sikit kut versinya sebab yang tu ada rupa rabbit cam gitu ;p ;p

Oke, mud dah pulih ;p baru semangat sikit nak buat kerja (^__^)

Jumpa lagi!!! :D

Thursday, November 18, 2010

Akibat Terlebih 'Dose' ~~ :p

Salam,
Hehehe, tengok tajuk macam apa je.. :) :) nie bukan pasal terlebih 'dose' ubat ke apa ke.. tapi terover 'dose' makan punya cerita :p ;p nak dijadikan cerita, akibat terlebih makan segala jenis makneka makanan bersempena aidiladha semalam (nasi impit, rendang ayam kampung, mee rebus singapura, kuah kacang, nasi lagi, sup gearbox, daging masak merah.. * belum kira lagi makan nasi bukhari kambing yang abah bawa balik dari masjid semalam) -- *banyak betul senarai makanan oke, yang penting hari raya tu tak bersalah pun, yang tukang makannya yang bersalah :P ;P makanya tengah malam semalam bermula lah acara bertemankan tandas sepanjang malam.. huhuhu
Nie pun tak habis lagi ‘acara’nya ;) siap sampai pagi tadi berkira2 nak ke ofis ke tidak. hehe. * kalau cuti best juga, dapat main dengan airina cayang yang riuh tu.. suka2 :) :) * tapi bila fikir2 elok juga, makan sampai nak meletup perut kalau tak keluar makin moncetlah makchik nie :) :) hehehe. hari nie nampaknya kene slow down sikitla acara makan2nya.. sebab sakitnya masih lagi terasa.. uwaaaaaa (^___^)

Wednesday, November 17, 2010

♥♥♥ :: saLam AidiLaDha :: ♥♥♥

Salam,

Dah petang2 hari baru berkesempatan untuk menghantar ucapan ini di sini :) :)

Seperti semua sedia maklum, Aidiladha adalah perayaan yang terlalu istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha buat semua teman2 bloggers di sini.. Dan semoga setiap pengorbanan yang pernah kita lakukan sentiasa diredhai Allah S.W.T dan diberi ganjaran yang baik di akhirat kelak, insyaAllah~~ (^___^)


credit to jauzesm.com. tengah gugle2 tadi terjumpa pulak gamba yang comey nie :) :)


Tuesday, November 16, 2010

Warna-warni Menjelang Raya~~

Salam,
Hampir seminggu rasanya blog kesayangan nie tak sempat diupdate kerana kesuntukan masa dan servis internet yang sangatlah tidak memuaskan :) :) Semalam, sedang asyik berbual dengan rakan sepejabat, tiba2 dimaklumkan oleh seorang rakan pejabat yang lain untuk membaca satu blog yang tak mahu saya sebutkan disini~~ terkejut betul dengan tingkahlaku pemilik blog yang seorang nie, sanggup menulis cerita (tak pastilah samada betul atau pun tidak) dan sanggup membuka aib orang lain dalam blog beliau semata2 untuk kepentingan sendiri (mungkin) atau memang sengaja mencari glamour dengan cara yang tak berapa betul~~ (menjelang petang semalam bila digugel hampir setiap blog, terutamanya di blog hiburan ada membuat post mengenai insan yang seorang ini :( kesian pihak yang satu lagi tu, sudahlah terkenal dan dihormati, tak tahulah apa yang ada dalam hati empunya blog tersebut :( :( (dunia2, nampaknya bila dah nak akhir zaman nie makin dahsyat sungguh tingkahlaku manusia yang diberi akal fikiran, sampaikan benda2 yang sepatutnya disimpan rapi secara peribadi pun nak disebar2kan juga tanpa perasaan bersalah.. ;(
Emm lupakan cerita yang tak indah tu, sebab nak ambil mud pula menjelang aidiladha esok~~ waktu nie, rasa2nya  mesti emak sedang sibuk 'berperang' didapur untuk mula memasak, sebab pada kebiasaannya menjelang maghrib, hidangan untuk hari raya pasti telah tersedia.. *sayang emak* ;p ;p dan pagi tadi sebelum ke tempat kerja, sempatlah juga mendengar emak memesan ayam kampung untuk dibeli oleh abah di pasar borong.. confirm!! balik nanti pasti ada rendang ayam kampung menunggu di atas meja :) :) dan esok pagi pula pasti ada nasi impit, ketupat palas *sebab nampak semalam macam ada daun palas abah beli. mesti nak buat ketupat palas lah tu. hehe*, kuah kacang dan mee rebus singapura untuk hidangan sepanjang hari~~ huhuhu makin moncet lah perut nampaknya esok ;p ;p best betul ada mak yang sangat pakar memasak :) :)
Entah kenapa, lupa pula untuk mengambil cuti sebelum nie untuk membantu emak menyediakan hidangan hari raya kali nie.. kesian emak. Huhuuu. Dan masa berbual2 pagi tadi tentang aktiviti mak dan abah esok, sempat jugalah bertanya pada emak berapakah anggaran untuk disediakan kalau ingin menyertai ibadah korban di masjid :) emmm okey, dah tau dah berapa ongkosnya... ;p ;p moga2, tahun depan, adalah rezeki untuk sertai ‘portion’ korban di masjid hendaknya~~ harap2nya lah ;p ;p mudah2an dilapangkan lah rezeki untuk tujuan tersebut, insyaAllah~~ (^__^)