Monday, October 25, 2010

Keinginan yang terlupus.. :p

Pagi ni, perkara yang mula2 difikirkan bila sampai di ofis ialah masa untuk menunaikan wishlist untuk airina yang telah mula diidam2kan pertengahan bulan hari tu.. (wishlist mama airina sebenarnya.. ;p) wishlist apa? wishlist untuk membelikan airina kerusi comel yang nampak2nya macam sesuai untuk untuk memudahkan dia menikmati makanannya nanti.. (alasan semata2 ;p).. tapi selepas berbincang2 dengan cik auntie Juita ('partner in crime' di ofis merangkap Financial Advisor aka Pegawai Penapis Barang2 Yang Tidak Diperlukan ;p).. jadi terpaksala keinginan tersebut dilupuskan.. huhuhu. alasan beliau ialah daripada membeli kerusi yang entahkan airina akan guna atau tidak tu, lebih elok disimpan untuk membeli katil 'single' nya kemudian hari nanti.. ;p emmm satu alasan yang bagus!!.. :) baiklah! dengan itu cadangan tersebut diterima dengan hati yang terbuka setakat petang ini.. dan harap2nya sampai esok pun hati ini masih setia bertahan daripada godaan duniawi lah ye cik auntie Juita~~ (^___^)

No comments:

Post a Comment