Sunday, October 31, 2010

Hujung minggu, janganlah berlalu~~ (^___^)

Alhamdulillah.. selepas jenuh berhempas pulas menyediakan laporan yang sungguhlah banyaknya dan sibuk bekerja sepanjang minggu lepas, akhirnya hujung minggu datang lagi.. ;) sejak bergelar seorang isteri merangkap mama nie, hujung minggu memang merupakan masa yang sangat ditunggu2!! sebabnya.. masa untuk diluangkan bersama orang2 tersayang tu menjadi lebih extra pada hujung minggu berbanding hari2 biasa.. dan seperti selalunya, hari ahad lah hari yang paling indah sekali!! (^___^)

Dan tentunya hujung minggu seperti ini, memang seronok melihat telatah baby airina yang semakin pelbagai itu.. bila semakin membesar, makin tak menang tangan dibuatnya melayan kerenah puteri nan seorang ini..mujurlah ada encik bobo yang sangat2 memahami juga sangat superb dalam menguruskan hal ehwal baby2.. sungguh, sangat2 bertuah rasanya sebab sedari awal kelahiran, encik bobo memang tak pernah kedekut tenaga untuk berjaga malam.. malah kalau dihitung2 rasanya mama baby sebenarnya lagi awal tidur daripada papa baby!!! (huhuhuhu ;p).. alhamdulillah.. semoga kebahagiaan ini akan sentiasa berpanjangan selamanya.. insyaAllah~~

2 comments:

  1. Alhamdulillah....x la penat sgt mama kan. X pe mama pon dh sakan jg baby airina ms jaga kan....kan...kan

    ReplyDelete
  2. hehe tula.. :) malam memang turn papa untuk berkhidmat, baby bangun je mesti papa yang jadi mangsa.. :p

    ReplyDelete