Wednesday, December 22, 2010

Kembali ke Tempat Asal~~ (^__^)

Alhamdulillah.. tamat sudah kursus induksi selama 5 hari 4 malam yang penuh dengan pahit manis~~ manisnya, dapat berjumpa dengan kroni2 yang jauh terpisah selama nie.. ;p ;p dan pahitnya pula, terpaksa menghadapi kursus yang sangatlah padat jadualnya dan menginap di hotel yang sangatlah kronik servisnya mengalahkan rumah tumpangan.. hehehe (apa da punya hotel, orang lain nak bukak hotel dia pun nak bukak jugak.. tapi servisnya tahap negatif.. buat malu je.. jangan harap nak pergi situ lagi.. hehehe)

Seronok betul balik ke tempat asal, dan semestinya yang paling seronok tentunya dapat peluk cium baby kesayangan yang dah berhari2 ditinggalkan.. rindu sangat2!! bawa bantal ke baju ke pun tak sama dengan nampak orangnya di depan mata (^__^) happy je airina bila tengok mama dia dah ada kat rumah.. melompat2 ke'excited'an dia bila didukung.. mungkin sebab dah lama sangat tak berjumpa ;p ;p dan paling syahdu bila si kecik comey nie pandai dekatkan mulut comel tu kat pipi mama dia sambil cium2 tak nak berhenti.. suka dan terharu sangat2!! ;p ;p

Emmm hari nie pun dah mula bekerja kembali.. (semalam ambil off sebab nak lepaskan rindu dengan baby dan kemas2 kan kain baju. huhu) biasalah bila dah lama tak masuk ofis nie.. kena lah ambil masa untuk charge tenaga dan mud balik.. *alasan2* hehehe

Apa2 pun selamat kembali bekerja untuk diri sendiri!! :) :) semoga setiap pengetahuan yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk kemajuan kerjaya dan harap2nya berjaya lah lulus induksi tu dengan jayanya dan boleh confirm tak lama lagi~~

dan tak lupa juga~~ happy bestest bestday buat kakak tersayang kakngah nina yang ke tetttttt pada hari ini.. *petang nanti orang blanja piza eh... ;p ;p sayang akak sangat2 tau :) :) :)

(, ^^)(^_^)(^^ ,)

Wednesday, December 15, 2010

'Touching Mode' in da house~~ huhuhu


Salam,

Tak ada apa2 yang menarik pun untuk diupdate sebenarnya.. sebab dah dua tiga hari nie dok layan 'touching' mode je.. huhuhu.. waaaaaaa kan best kalau tak payah pergi kursus bagai2 nie lama2.. :( :( tak ada mudnya la nak berjauhan dengan baby kesayangan.. huhuhuhu

Barang2 pun tak kemas lagi nie. malas nak fikir sangat. yang penting nak kena fikir macamana nak sampaikan ke hari isnin depan dengan pantasnya. hahahaha

Tak apalah kan. moga2 dikuatkanlah hati melalui 5 hari nan tak indah yang akan datang nie nanti..

sabarlah hati~~

hujan di hati siapa yang tahu~~ huhuhu

(-__-) <-- tak ada mud tahap nak nanges 5 hari 5 malam!!!!!! :( :( :(

Monday, December 13, 2010

Ada apa dengan 'baby doll'? ;) :)

Salam,
Rasa2nya, semua orang pun sedia maklum, baby doll memang salah satu permainan tradisi budak2.. macam tak lengkap je dunia kanak2 tanpa kehadiran baby doll.. ;p ;p dan baby doll nie pulak jenisnya bermacam2, kalau nak cerita memang dua hari tiga malam pun tak akan habis.. ;p ;p

Tapi, kalau baby alive doll.. pernah dengar ke apa benda nya tu? huhu
Kisahnya pagi tadi masa tengah sibuk berbual2 dengan kawan seofis, sibuklah bercerita tentang ada seorang kawan yang belikan anak dia benda alah nie.. katanya mainan berfizikal baby nie boleh makan, menangis dan gelak2 semua, siap boleh buang2 air sekali gitu.. hebat betul ye teknologi ;p ;p emmm rasanya macam pernah nampak je anak patung yang macam tu dalam iklan kat tv, tapi tak pernah ambil kisah pun.. ;D ;D tapi dalam pada tu sibuk juga lah nak gugel2 tentang anak patung nie dan ini lah hasilnya~~

nie la baby alive doll tu.. huhuhuhuhu

emmm banyaknya fungsi.. ;p ;p ngalahkan budak sebenar pulak :) :)

Emmm comel ke? boleh la.. ;o ;o dah lama rupanya benda nie ada kat malaysia... kat oversea apatah lagi :) :) macam2 design ada, pilih je nak yang 'berdarah' apa ;p ;p tapi kalau tanya pendapat peribadi lebih kepada scary je. sekali imbas macam anak patung dalam cerita child’s play yang chucky tu je, tapi versi perempuan :) :) emmm harap2nya airina dah besar nanti tak adalah berkenan dengan baby doll scary2 macam gini ye sayang, sebab mama memang takkan beli kan kalau nak patung2 menyerupai manusia nie ye nak.. ;p ;p *nangis la guling2 pun, mama akan tetap cakap no! no! no! jugak ;p ;p kalau orang bagi pun mama akan dengan penuh sopan santunnya menolak sebab mama memang takkan benarkan airina main dengan benda2 yang macam nie, okey? ;p ;p *emm kalau dapat Barbie doll mama hantar Barbie tu kat auntie anna untuk buat kek :D :D tapi kalau nak teddy bear tak apa, nak satu mall pun mama boleh usahakan.. hehehe


haa... kalau yang nie baru comel, nak 100 pun mama boleh belikan :) :)

moral of the story~~ mama dia memang teddy bears die hard fan!!! so, no other dolls allowed!!(^_^) muahaha <-- gila kuasa mama airina nie :) :)

(,  ^^)(^_^)(^^  ,)

Friday, December 10, 2010

Happy Yang Tak Berapa Nak Happy :) :( :( :(

Salam,
Huhhuhu.. surat kursus sudah sampai!!! happy ke? mestilah happy sebab tak lama lagi bolehla confirm.. tapi yang tak happy nya terpaksa lah tinggalkan baby untuk 5 hari.. waaaaaaa sedih sangat :( :( :( * perasan tak ada satu je :) kat tajuk entri tu, tapi ada 3 :( kat tajuk yang sama, maknanya tak berapa nak happy la tu. huhuhu :( :( :(
Tak boleh nak bayang macamana perasaannya bila berjauhan dengan baby tersayang.. ;( :( dengan encik bobo dulu selalu jugakla berjauhan bila dia kena ‘outstation’, tapi tu pun tak pernah lebih dari 2 hari berturut2.. huhuhuhu

nie lah 'budak baby' yang selalu buat mama n papa dia gembira setiap masa~~ ;p ;p

Emmm.. mesti susah nak tidur malam2 sebab selalunya tiap2 malam sebelum tidur mesti nak kena main2 dengan baby.. mesti rindu sebab selalu airina mesti nak menyanyi2 kat mama dia dulu sebelum tidur.. huhu. emmm airina cayang jangan nakal2 tau nanti kat rumah dengan papa.. jangan buli2 papa ye sayang.. hehehe

(,  ^^)(^_^)(^^  ,)

Wednesday, December 8, 2010

Menanti 'sesuatu' yang tak pasti.. :( :(

Salam,
Emmm entah apa2 jelah tajuk entrinya :) :)
Sebenarnya, mud agak kecewa sikit sejak kebelakangan nie. yang penting bukan hal2 famili ye yang membuatkan saya menjadi kecewa, sebab famili lah anugerah yang paling bermakna dalam dunia nie, yang selalu buat diri ini rasa sangat2 bahagia dan over2 gembira ;) ;)
Alkisahnya bulan sepuluh hari tu lagi me n my batch da genap 2 tahun dah bermastautin kat sini.. baru dua tahun++ tapi rasa macam dah berpuluh2 tahun due to the working environment.. huhu. **tapi tak kesah pun sebab kerja kat mana2 pun tetap ada cabaran dan kompleksitinya sendiri, kan. ;p ;p exam sudah. induksi khusus sudah. BTN pun sudah. yang tak sudah2 nya cuma induksi umum je. ada orang masuk lagi lambat dari kami dekat department lain pun dah selamat confirm okey. penat jugak nak tunggu confirm semata2 sebab tak setel yang satu nie lagi. tapi tulah kan. sangat2 geram dengan ‘orang’ yang sepatutnya setelkan benda2 nie semua. tapi nak marah2 pun satu ofis jugak. lagi pun dah pangkat makcik2. faham2 lah sendiri tugas masing2. takkan la sampai nak kena sound teruk2 baru kerja nak jalan. aduyai.. :( :(
Nasib baik lah ada teman satu batch yang tengah cuba usahakan untuk dapatkan jugak kursus nie untuk kami hujung tahun nie. mujur ada akak yang rajin tu. sayang kak zie. hehe. :) :) dan dengar2nya tinggal tunggu surat je menyusul. harap2lah. yelah lama mana lagi nak menunggu. boleh jadi demotivate pulak. heh. apa2 pun dalam pada tu berbelah hati jugak. sebab kalau jadi kursus tu makanya terpaksalah berjauhan dengan baby buat seminggu dua.. waaaaaa nie yang paling tak sanggup sekali nie :( :( nak  bawak baby sekali boley tak.. huhuhu
(,  ^^)(^_^)(^^  ,)

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah :) :)

Salam,

Sedar tak sedar, dah nak masuk tahun baru petang nanti.. :) :) kejap betul masa berlalu, yang pastinya tahun nie dipenuhi dengan bermacam2 kenangan yang sangat manis buat diri ini dan keluarga.. ;p ;p dan semestinya, kehadiran buah cinta tersayang -- luvly airina cayang, benar2 menjadikan hidup bersama encik bobo begitu bermakna.. ;p ;p

Banyak yang masih kurang dan untuk diperbaiki pada tahun depan.. ;p ;p semoga tahun baru yang akan datang nie akan menjadikan kita insan yang lebih baik daripada hari ini.. :) :)

Tengah2 semak emel, masuk pula emel di bawah nie.. makanya dipanjangkan lah emel tersebut yang baru je diterima tadi buat renungan bersama untuk teman-teman sempena Awal Muharam ini..

Daripada Ibni Abbas,

“Siapa yang membaca doa ini pada 1 Muharam, Allah mewakilkan dua
malaikat memeliharanya pada tahun itu”.

Doa itu bermaksud,
“Wahai Tuhanku, Engkaulah selamanya didahului
pada tahun baru ini hamba bermohon kepada engkau semoga terpelihara
daripada syaitan dan pemerintah syaitan dan hamba memohon pertolongan Engkau, peliharakan hamba daripada nafsu amarah dan jahat, dan yang membimbangkan hamba akan perkara yang menghampirkan hamba dengan Engkau wahai yang Mulia”.

Siapa yang berpuasa pada Jumaat pertama Muharam, nescaya diampunkan Allah dosa-dosa yang lalu.

Bacalah doa berikut sebanyak tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijah:

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda serta sahabatnya. Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram. Terimalah permohonanku ini dan janganlah Engkau hampakan harapanku terhadap-Mu ya Karim. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda juga sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.

Bacalah doa awal tahun ini sebanyak tiga kali selepas waktu Maghrib
pada malam 1 Muharam:

“Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarga baginda dan sahabatnya. Ya Allah, Engkaulah yang kekal abadi untuk selama-lamanya. Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau. Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga baginda dan sahabatnya. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam”.

Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,

“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.

Salam Maal Hijrah~~ (^__^)

Thursday, December 2, 2010

Hari-hari, Hari Gaji~~ :) :)

Hahaha. Entah apa2 je lah tajuk entri hari nie :) :) Tapi bagus juga kan kalau hari-hari pun gaji masuk.. masyuk betul :) :)

Ceritanya tengah asyik bergugel tadi, dengan 'tak sengaja'nya ter'tekan'lah carian tentang gaji.. ;p wah, dah keluar rupa2nya jadual gaji bagi tahun depan :) :) *kat sinilah info tersebut mula2 diperolehi ;p ;p emmmm siapa tak seronok bila tiba bab2 gaji begini kan. ada ke orang yang tak suka dapat gaji eh? ada ke? kalau betul ada memang tabik la sama itu orang :) :)

Emm, tapi macam biasa  lah, untuk memastikan maklumat tu tepat lagi sahih, mestilah mangsa gugelan seterusnya yang paling utama ialah seperti di sini  ;p ;p sah, apa lagi. terus lah print pekeliling tersebut bersama lampirannya sekali.. *semangat betul mak budak nie ;p. hehe. oooh, dah keluar sejak 22 haribulan November rupanya, ketinggalan sungguh.. ;p ;p

Dan berikut adalah hasil usaha bersungguh2 membuat kotak2 tersebut untuk dimasukkan ke dalam entri ini bagi tujuan persendirian :) dan juga teman-teman yang berkenaan ;p (yela, takkan nak copy  senang2 je dari blog orang lain atau daripada laman sesawang anm pula kan, tak pasal2 kene pertuduhan bawah akta hak cipta je.. huhu


Jadual Pembayaran Gaji Bulanan bagi Tahun 2011

Bulan
Tarikh
Hari
Catatan
Januari
25.01.2011
Selasa

Februari
*24.02.2011
Khamis
(Tahun Baru Cina –
03 & 04.02.2011)
Mac
24.03.2011
Khamis

April
25.04.2011
Isnin

Mei
24.05.2011
Selasa
(Pesta Menuai - 30 & 31.05.2011)
Jun
*23.06.2011
Khamis
(Hari Gawai –
01 & 02.06.2011)
Julai
25.07.2011
Isnin

Ogos
24.08.2011
Rabu
(Hari Raya Puasa –
30 & 31.08.2011)
September
22.09.2011
Khamis

Oktober
20.10.2011
Khamis
(Deepavali – 26.10.2011)
November
*24.11.2011
Khamis
(Hari Raya Haji - 06.11.2011)
Disember
19.12.2011
Isnin

(Hari Krismas - 25.12.2011)

* Nota : Gaji bagi Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak
   dibayar awal kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada
bulan berkenaan.

** sumber : Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Okey, selesai :) :) *tapi mutu jadual sangatlah hampeh... save .png format jadi blur pulak, sudahnya tampalkan saje la guna .word format. adesss. huhu. suka sangat jadual gaji tahun 2011 nie sebab gajinya memang masuk akhir bulan.. :) :) jadinya acara2 seperti 'terlajak' berbelanja bila gaji masuk akhir bulan semasa dan awal bulan berikutnya tu memanglah dapat dielakkan :) :) lagi2 mama2 baru macam mama airina nie bukannya boleh ada duit terlebih sikit, mulalah asyik nak 'ter'shopping barang2 baby secara besar2an je. walau pun bukan di musim mega sale. huhu.

Dengan adanya jadual nie, senangla sikit nak merancang apa2 acara cuti2 malaysia ke, cuti2 oversea ke, kenduri2 kendara ke, shopping menyopping ke, nak tambah baby baru ke ;p atau apa2 sajalah rancangan yang nak dibuat.. sangat terima kasih ye kepada encik jadual gaji :) :)