Thursday, December 2, 2010

Hari-hari, Hari Gaji~~ :) :)

Hahaha. Entah apa2 je lah tajuk entri hari nie :) :) Tapi bagus juga kan kalau hari-hari pun gaji masuk.. masyuk betul :) :)

Ceritanya tengah asyik bergugel tadi, dengan 'tak sengaja'nya ter'tekan'lah carian tentang gaji.. ;p wah, dah keluar rupa2nya jadual gaji bagi tahun depan :) :) *kat sinilah info tersebut mula2 diperolehi ;p ;p emmmm siapa tak seronok bila tiba bab2 gaji begini kan. ada ke orang yang tak suka dapat gaji eh? ada ke? kalau betul ada memang tabik la sama itu orang :) :)

Emm, tapi macam biasa  lah, untuk memastikan maklumat tu tepat lagi sahih, mestilah mangsa gugelan seterusnya yang paling utama ialah seperti di sini  ;p ;p sah, apa lagi. terus lah print pekeliling tersebut bersama lampirannya sekali.. *semangat betul mak budak nie ;p. hehe. oooh, dah keluar sejak 22 haribulan November rupanya, ketinggalan sungguh.. ;p ;p

Dan berikut adalah hasil usaha bersungguh2 membuat kotak2 tersebut untuk dimasukkan ke dalam entri ini bagi tujuan persendirian :) dan juga teman-teman yang berkenaan ;p (yela, takkan nak copy  senang2 je dari blog orang lain atau daripada laman sesawang anm pula kan, tak pasal2 kene pertuduhan bawah akta hak cipta je.. huhu


Jadual Pembayaran Gaji Bulanan bagi Tahun 2011

Bulan
Tarikh
Hari
Catatan
Januari
25.01.2011
Selasa

Februari
*24.02.2011
Khamis
(Tahun Baru Cina –
03 & 04.02.2011)
Mac
24.03.2011
Khamis

April
25.04.2011
Isnin

Mei
24.05.2011
Selasa
(Pesta Menuai - 30 & 31.05.2011)
Jun
*23.06.2011
Khamis
(Hari Gawai –
01 & 02.06.2011)
Julai
25.07.2011
Isnin

Ogos
24.08.2011
Rabu
(Hari Raya Puasa –
30 & 31.08.2011)
September
22.09.2011
Khamis

Oktober
20.10.2011
Khamis
(Deepavali – 26.10.2011)
November
*24.11.2011
Khamis
(Hari Raya Haji - 06.11.2011)
Disember
19.12.2011
Isnin

(Hari Krismas - 25.12.2011)

* Nota : Gaji bagi Tahun Baru Cina, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak
   dibayar awal kerana perayaan ini jatuh sebelum 11 haribulan pada
bulan berkenaan.

** sumber : Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Okey, selesai :) :) *tapi mutu jadual sangatlah hampeh... save .png format jadi blur pulak, sudahnya tampalkan saje la guna .word format. adesss. huhu. suka sangat jadual gaji tahun 2011 nie sebab gajinya memang masuk akhir bulan.. :) :) jadinya acara2 seperti 'terlajak' berbelanja bila gaji masuk akhir bulan semasa dan awal bulan berikutnya tu memanglah dapat dielakkan :) :) lagi2 mama2 baru macam mama airina nie bukannya boleh ada duit terlebih sikit, mulalah asyik nak 'ter'shopping barang2 baby secara besar2an je. walau pun bukan di musim mega sale. huhu.

Dengan adanya jadual nie, senangla sikit nak merancang apa2 acara cuti2 malaysia ke, cuti2 oversea ke, kenduri2 kendara ke, shopping menyopping ke, nak tambah baby baru ke ;p atau apa2 sajalah rancangan yang nak dibuat.. sangat terima kasih ye kepada encik jadual gaji :) :)

2 comments:

  1. I tumpang copy sama yek e2 jadual. Hehe. TQVM

    ReplyDelete
  2. ila : sila2 jangan malu2.. ;p dulu kat atas memang konfem kak ani atau kak umi bagi siap2. huhu

    ReplyDelete