Tuesday, November 30, 2010

"Misi" Mode : Menjaga Baby 'Besar' sambil Planning2 Holiday Hujung Tahun ~~ ;)

Salam,

Huhu. hari nie mode semasa ialah menjadi 'misi'. ada ke sesiapa yang tak pernah dengar misi tu apa? misi tu dalam bahasa saintifik nya dikenali sebagai 'nurse' ;p masuk hari nie, dah dua hari dah bercuti sebab baby 'besar' masih lagi dalam mode tak berapa nak sehat. terpaksalah jadi misi tak bertauliah sebab dia asyik meragam je. kesian betul kat dia. makin kecut je pipi yang memang tak berapa nak moncet dah tu. nasib baik lah mata bulat dan besar. jadinya tak lah nampak muka dia kecik sangat. hehe

Emm sehari dua nie macam ada mud nak planning untuk bercuti2 je. maklumlah dah nak hujung tahun. macam seronok pula nak pergi cuti2 malaysia. tapi tempat mana yang seronok nak pergi musim2 hujan macam nie agaknya ye? bulan lepas pun balik kuantan pun tak sempat singgah pantai nak jalan2 macam selalu sebab cuaca tak mengizinkan. huhu

Tapi dalam hati macam teringin sangat nak pergi Genting.. boleh ke bawa baby bawah setahun naik cable car eh? tapi kalau pergi berfamili nie macam seronok je pergi drive sendiri sampai kat atas tu.. huhu. tapi macam kesian pula dekat baby.. yela, dia bukan nya faham apa pun lagi. mesti dia musykil tempat apa sejuk2 nie lepas tu kene duduk dalam stroller je sambil pakai baju sejuk. nampak macam mama dia je yang ter'excited' lebih nak pergi jalan2. rindunya nak naik 'roller coaster'.. huhhhuhu

Emm nampak gayanya tunggu airina setahun dulu lah ye. banyak betul tempat dalam kepala nie nak pergi nanti. lagi pun macam risau juga nak berholiday musim hujan macam nie. silap2 banyak benda yang tak boleh main daripada yang boleh.. huhu. lagi seronok kalau dapat pergi dengan Mak, Abah, Ciklie, Along dan Kakngah sekeluarga sekali. mesti meriah sangat. okey, nanti kita buat planning baik2 punya ye. hehehe

No comments:

Post a Comment