Monday, November 29, 2010

Baby Baru vs Baby 'Besar' :) :)

Salam,

Alhamdulillah, tanggal 27 November 2010 baru2 nie, tepat jam 4.55 pagi.. bertambah lagi seorang ahli keluarga atuk Ra'far (^___^).. baby keempat Along nie merupakan cucu ketiga yang lahir untuk tahun nie (selepas airina dan baby Kakngah), menjadikan cucu semasa atuk dan opah mencapai ke angka 8. hehehe. produktif sungguh tahun nie, habis semua anak2 yang dah berkahwin beranak. maklumlah tahun harimau. hari2 mau. aummmmm. hahahaha ;p

Jadinya lepas je dapat perkhabaran gembira dari Along, subuh2 tu jugak terus telefon tanya keadaan Kaklong dan baby.. alhamdulillah dua2 pun sehat2 je.. happy sangat rasanya ;p ;p nie yang buat rasa excited je nak pergi menyerang nie.. :) :) dan disebabkan bersemangat sangat nak tengok baby baru, makanya petang2 tu jugak lah bertolak ke puchong  lepas menghadiri kenduri berkhatan di rumah boss encik bobo.. *mula2 ingatkan nak pergi melawat dekat pusat perubatan az-zahra je, alih2 Along inform tengah buat bill sebab da boleh discharge. jadi pergilah rumah je terus...*

Mempersembahkan 'hasil' buah cinta Along dan Kaklong yang keempat~~

iffah nur sofeea~~ cinta hati baru keluarga kami :) :)

Comel sangat kan, tengok mata dia tu, sah2 copy paste mata ayah yang sepet lagi kecik tu. hehehe

Habis cerita tentang baby baru. Sambung pula cerita tentang baby 'besar'. hehe

Baby 'besar' aka airina comey masuk hari nie dah hampir 2 hari kena cherry berry.. :( :( kesian dia, sampai merah2 da kat montot comey tu. tak pasal2 hari nie cuti emergency mama dia. mula2 risau jugak, tapi opah nya kata mungkin nak tumbuh gigi atau nak dapat benda baru kut sebab lain baby, lain pesennya. ada yang demam2, ada yang poo2 poo2. harap2 macam tu la. lagipun lasak semacam je dia, takde rupa pulak macam budak tak sehat. cuma kadang2 je meragam sikit. mungkin tak lena tidur sebab asyik terbangun je malam2. makin kecut pipi moncet sayang mama nie.. tak sampai hati pulak nak hantar ke rumah pengasuh bila baby tak berapa nak sehat nie. huhu

sian cayang mama nie, kepengsanan sebentar sebab letih sangat ye.. huhuhu
Emmm walaupun tak sehat2 macam tu, akal tetap panjang je. dengan bangganya hari nie selamat dah majalah ujang mama kena koyak2 dengan budak kecik comey nie. nasib baik perasan, kalau tak selamat kene makan je lah majalah mama tu sekali dengan dia. huhu. geram betul tengok dia sempat sengih2 lagi sambil buat acara tu. airina, airina.. macam2 hal ye. tapi itulah yang selalu buat mama dan papa rindu sangat kat dia.. ;p ;p cepat sembuh ye sayang, mama dan papa sayangkan dia sangat2 tau... :) :)  

1 comment:

  1. comey anak along.. geramnya.. cian lak kat aeryn.. tak larat jer rupa..

    ReplyDelete