Tuesday, November 30, 2010

"Misi" Mode : Menjaga Baby 'Besar' sambil Planning2 Holiday Hujung Tahun ~~ ;)

Salam,

Huhu. hari nie mode semasa ialah menjadi 'misi'. ada ke sesiapa yang tak pernah dengar misi tu apa? misi tu dalam bahasa saintifik nya dikenali sebagai 'nurse' ;p masuk hari nie, dah dua hari dah bercuti sebab baby 'besar' masih lagi dalam mode tak berapa nak sehat. terpaksalah jadi misi tak bertauliah sebab dia asyik meragam je. kesian betul kat dia. makin kecut je pipi yang memang tak berapa nak moncet dah tu. nasib baik lah mata bulat dan besar. jadinya tak lah nampak muka dia kecik sangat. hehe

Emm sehari dua nie macam ada mud nak planning untuk bercuti2 je. maklumlah dah nak hujung tahun. macam seronok pula nak pergi cuti2 malaysia. tapi tempat mana yang seronok nak pergi musim2 hujan macam nie agaknya ye? bulan lepas pun balik kuantan pun tak sempat singgah pantai nak jalan2 macam selalu sebab cuaca tak mengizinkan. huhu

Tapi dalam hati macam teringin sangat nak pergi Genting.. boleh ke bawa baby bawah setahun naik cable car eh? tapi kalau pergi berfamili nie macam seronok je pergi drive sendiri sampai kat atas tu.. huhu. tapi macam kesian pula dekat baby.. yela, dia bukan nya faham apa pun lagi. mesti dia musykil tempat apa sejuk2 nie lepas tu kene duduk dalam stroller je sambil pakai baju sejuk. nampak macam mama dia je yang ter'excited' lebih nak pergi jalan2. rindunya nak naik 'roller coaster'.. huhhhuhu

Emm nampak gayanya tunggu airina setahun dulu lah ye. banyak betul tempat dalam kepala nie nak pergi nanti. lagi pun macam risau juga nak berholiday musim hujan macam nie. silap2 banyak benda yang tak boleh main daripada yang boleh.. huhu. lagi seronok kalau dapat pergi dengan Mak, Abah, Ciklie, Along dan Kakngah sekeluarga sekali. mesti meriah sangat. okey, nanti kita buat planning baik2 punya ye. hehehe

Monday, November 29, 2010

Baby Baru vs Baby 'Besar' :) :)

Salam,

Alhamdulillah, tanggal 27 November 2010 baru2 nie, tepat jam 4.55 pagi.. bertambah lagi seorang ahli keluarga atuk Ra'far (^___^).. baby keempat Along nie merupakan cucu ketiga yang lahir untuk tahun nie (selepas airina dan baby Kakngah), menjadikan cucu semasa atuk dan opah mencapai ke angka 8. hehehe. produktif sungguh tahun nie, habis semua anak2 yang dah berkahwin beranak. maklumlah tahun harimau. hari2 mau. aummmmm. hahahaha ;p

Jadinya lepas je dapat perkhabaran gembira dari Along, subuh2 tu jugak terus telefon tanya keadaan Kaklong dan baby.. alhamdulillah dua2 pun sehat2 je.. happy sangat rasanya ;p ;p nie yang buat rasa excited je nak pergi menyerang nie.. :) :) dan disebabkan bersemangat sangat nak tengok baby baru, makanya petang2 tu jugak lah bertolak ke puchong  lepas menghadiri kenduri berkhatan di rumah boss encik bobo.. *mula2 ingatkan nak pergi melawat dekat pusat perubatan az-zahra je, alih2 Along inform tengah buat bill sebab da boleh discharge. jadi pergilah rumah je terus...*

Mempersembahkan 'hasil' buah cinta Along dan Kaklong yang keempat~~

iffah nur sofeea~~ cinta hati baru keluarga kami :) :)

Comel sangat kan, tengok mata dia tu, sah2 copy paste mata ayah yang sepet lagi kecik tu. hehehe

Habis cerita tentang baby baru. Sambung pula cerita tentang baby 'besar'. hehe

Baby 'besar' aka airina comey masuk hari nie dah hampir 2 hari kena cherry berry.. :( :( kesian dia, sampai merah2 da kat montot comey tu. tak pasal2 hari nie cuti emergency mama dia. mula2 risau jugak, tapi opah nya kata mungkin nak tumbuh gigi atau nak dapat benda baru kut sebab lain baby, lain pesennya. ada yang demam2, ada yang poo2 poo2. harap2 macam tu la. lagipun lasak semacam je dia, takde rupa pulak macam budak tak sehat. cuma kadang2 je meragam sikit. mungkin tak lena tidur sebab asyik terbangun je malam2. makin kecut pipi moncet sayang mama nie.. tak sampai hati pulak nak hantar ke rumah pengasuh bila baby tak berapa nak sehat nie. huhu

sian cayang mama nie, kepengsanan sebentar sebab letih sangat ye.. huhuhu
Emmm walaupun tak sehat2 macam tu, akal tetap panjang je. dengan bangganya hari nie selamat dah majalah ujang mama kena koyak2 dengan budak kecik comey nie. nasib baik perasan, kalau tak selamat kene makan je lah majalah mama tu sekali dengan dia. huhu. geram betul tengok dia sempat sengih2 lagi sambil buat acara tu. airina, airina.. macam2 hal ye. tapi itulah yang selalu buat mama dan papa rindu sangat kat dia.. ;p ;p cepat sembuh ye sayang, mama dan papa sayangkan dia sangat2 tau... :) :)  

Monday, November 22, 2010

Sakit Hati vs Cik Kartun :) :)

Pagi tadi asalnya datang kerja mud elok je sebenarnya, tapi lepas ‘satu insiden’ nie, terus mud lari~~ macam jumaat lepas jugak la.. haish..
Sudahnya sebab geram sangat (tak nak cakap sebab apa) makanya pergilah intai2 dekat encik gugle ada tak apa2 cara yang best untuk hilangkan sakit hati tersebut (haha sekarang nie nak cari apa2 gugle saja oke, pasti semuanya ada :) :)
Eh? macam2 pulak yang keluar, siap ada cara2 nak hilangkan bengkak usus lagi (huhuhu takde kena mengena langsung ;p )
Sudahnya pergi gugle gambar pulak, mari kita tengok apa yang ada.. :) :)
Hehe, comel pulak yang nie.. ;p ;p

Emmm, mempersembahkan senaman cik kartun yang comel bagi menghilangkan rasa sakit hati a.k.a tensyen :) :)
Mula2 kalau dah tensyen sangat, bolehlah goyang2 kepala sikit je...

ehehe sikit2 saje ye, nanti teleng pula kepala tersebut ;p

Lepas tu kalau tak elok jugak, boleh cuba lari2 setempat ye ;p

best nie, ala2 jogging gitu. heheh

Sambil tu boleh menyanyi2 sekali ye untuk meminimakan lagi rasa amarah tersebut :) :)

pastikan suara sedap ye, takut ada yang terpengsan pula :)
Jerit2 manja oke jugak, tapi jangan over sangat nanti terkejut rakan taulan sebelah menyebelah ;) :)

comelnye, pening pulak kalau jerit laju2 macam nie :)

Waaaah acara seperti di bawah ini tidak dibenarkan ye, takut nanti semua rakan sekerja cabut lari ;p ;p

ganas betul, jangan buat seperti aksi di atas ye kawan2 :p

Kalau tak hilang jugak bolehlah ambil short nap seperti di bawah ini, tapi pastikan jangan berlebih2 pulak tak pasal2 karang sedar2 je pintu ofis dah berkunci.. tak ke haru, tak memasal je kene tido kat ofis. seram tu. huhuhu

ada berani ke nak tido masa office hour?? :) :)
Dan akhir sekali, bila mud dah baik tu jangan lupa kembali senyum oke, kan ke senyuman tu satu sedekah :p ;p

hoyeee!! ;p ;p

Emm.. teringat dulu2 masa belajar pernah jugak dapat emel kartun2 macam nie, tp lain sikit kut versinya sebab yang tu ada rupa rabbit cam gitu ;p ;p

Oke, mud dah pulih ;p baru semangat sikit nak buat kerja (^__^)

Jumpa lagi!!! :D

Thursday, November 18, 2010

Akibat Terlebih 'Dose' ~~ :p

Salam,
Hehehe, tengok tajuk macam apa je.. :) :) nie bukan pasal terlebih 'dose' ubat ke apa ke.. tapi terover 'dose' makan punya cerita :p ;p nak dijadikan cerita, akibat terlebih makan segala jenis makneka makanan bersempena aidiladha semalam (nasi impit, rendang ayam kampung, mee rebus singapura, kuah kacang, nasi lagi, sup gearbox, daging masak merah.. * belum kira lagi makan nasi bukhari kambing yang abah bawa balik dari masjid semalam) -- *banyak betul senarai makanan oke, yang penting hari raya tu tak bersalah pun, yang tukang makannya yang bersalah :P ;P makanya tengah malam semalam bermula lah acara bertemankan tandas sepanjang malam.. huhuhu
Nie pun tak habis lagi ‘acara’nya ;) siap sampai pagi tadi berkira2 nak ke ofis ke tidak. hehe. * kalau cuti best juga, dapat main dengan airina cayang yang riuh tu.. suka2 :) :) * tapi bila fikir2 elok juga, makan sampai nak meletup perut kalau tak keluar makin moncetlah makchik nie :) :) hehehe. hari nie nampaknya kene slow down sikitla acara makan2nya.. sebab sakitnya masih lagi terasa.. uwaaaaaa (^___^)

Wednesday, November 17, 2010

♥♥♥ :: saLam AidiLaDha :: ♥♥♥

Salam,

Dah petang2 hari baru berkesempatan untuk menghantar ucapan ini di sini :) :)

Seperti semua sedia maklum, Aidiladha adalah perayaan yang terlalu istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah S.W.T..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya Aidiladha buat semua teman2 bloggers di sini.. Dan semoga setiap pengorbanan yang pernah kita lakukan sentiasa diredhai Allah S.W.T dan diberi ganjaran yang baik di akhirat kelak, insyaAllah~~ (^___^)


credit to jauzesm.com. tengah gugle2 tadi terjumpa pulak gamba yang comey nie :) :)


Tuesday, November 16, 2010

Warna-warni Menjelang Raya~~

Salam,
Hampir seminggu rasanya blog kesayangan nie tak sempat diupdate kerana kesuntukan masa dan servis internet yang sangatlah tidak memuaskan :) :) Semalam, sedang asyik berbual dengan rakan sepejabat, tiba2 dimaklumkan oleh seorang rakan pejabat yang lain untuk membaca satu blog yang tak mahu saya sebutkan disini~~ terkejut betul dengan tingkahlaku pemilik blog yang seorang nie, sanggup menulis cerita (tak pastilah samada betul atau pun tidak) dan sanggup membuka aib orang lain dalam blog beliau semata2 untuk kepentingan sendiri (mungkin) atau memang sengaja mencari glamour dengan cara yang tak berapa betul~~ (menjelang petang semalam bila digugel hampir setiap blog, terutamanya di blog hiburan ada membuat post mengenai insan yang seorang ini :( kesian pihak yang satu lagi tu, sudahlah terkenal dan dihormati, tak tahulah apa yang ada dalam hati empunya blog tersebut :( :( (dunia2, nampaknya bila dah nak akhir zaman nie makin dahsyat sungguh tingkahlaku manusia yang diberi akal fikiran, sampaikan benda2 yang sepatutnya disimpan rapi secara peribadi pun nak disebar2kan juga tanpa perasaan bersalah.. ;(
Emm lupakan cerita yang tak indah tu, sebab nak ambil mud pula menjelang aidiladha esok~~ waktu nie, rasa2nya  mesti emak sedang sibuk 'berperang' didapur untuk mula memasak, sebab pada kebiasaannya menjelang maghrib, hidangan untuk hari raya pasti telah tersedia.. *sayang emak* ;p ;p dan pagi tadi sebelum ke tempat kerja, sempatlah juga mendengar emak memesan ayam kampung untuk dibeli oleh abah di pasar borong.. confirm!! balik nanti pasti ada rendang ayam kampung menunggu di atas meja :) :) dan esok pagi pula pasti ada nasi impit, ketupat palas *sebab nampak semalam macam ada daun palas abah beli. mesti nak buat ketupat palas lah tu. hehe*, kuah kacang dan mee rebus singapura untuk hidangan sepanjang hari~~ huhuhu makin moncet lah perut nampaknya esok ;p ;p best betul ada mak yang sangat pakar memasak :) :)
Entah kenapa, lupa pula untuk mengambil cuti sebelum nie untuk membantu emak menyediakan hidangan hari raya kali nie.. kesian emak. Huhuuu. Dan masa berbual2 pagi tadi tentang aktiviti mak dan abah esok, sempat jugalah bertanya pada emak berapakah anggaran untuk disediakan kalau ingin menyertai ibadah korban di masjid :) emmm okey, dah tau dah berapa ongkosnya... ;p ;p moga2, tahun depan, adalah rezeki untuk sertai ‘portion’ korban di masjid hendaknya~~ harap2nya lah ;p ;p mudah2an dilapangkan lah rezeki untuk tujuan tersebut, insyaAllah~~ (^__^)

Tuesday, November 9, 2010

Nothing's Gonna Change My LoVe For YoU ~~ (, ^^)(^^ ,)

Salam..

Memandangkan hari nie masih lagi berada dalam mode chenta ♥♥♥ :) makanya hari nie inginlah mengimbas semula lagu kenangan masa zaman bercinta dulu-dulu.. ;p dan lagu nie merupakan antara lagu yang paling dilayan oleh kami berdua, maklumlah dua2 pun minat lagu oldies2 kan~~ huhuhu ♥♥♥ 

"If I had to live my life without you near me
The days would all be empty
The nights would seem so long
With you I see forever oh, so clearly
I might have been in love before
But it never felt this strong

Our dreams are young and we both know
They'll take us where we want to go
Hold me now, touch me now
I don't want to live without you..

Nothing's gonna change my love for you
You oughta know by now how much I love you
One thing you can be sure of
I'll never ask for more than your love

Nothing's gonna change my love for you
You ought to know by now how much I love you
The world may change my whole life through but nothing's gonna change my
love for you..

If the road ahead is not so easy
Our love will lead the way for us like a guiding star
I'll be there for you if you should need me
You don't have to change a thing
I love you just the way you are

So come with me and share this view
I'll help you see forever too
Hold me now, touch me now
I don't want to live without you... " 
~~ Nothing's Gonna Change My Love For You ~~
~~ George Benson ~~
♥ ♥ ♥ 
Waaaaa.. sangat feeling2 kan... :) :) Seronok betul mengenang zaman bercinta, memang manis sangat2.. (^ o ^)

Alhamdulillah, moga cinta ini akan terus bersinar dunia dan akhirat.. insyaAllah.. (^_^) emmm, ada masa nanti macam nak cari balik je cd2 lagu2 oldies yang best2 nie yang entah di mana2 dalam rumah tu ~~ ;p

Monday, November 8, 2010

Selamat ulang tahun, saYaNg ~~ (, ^^)(^^ ,)

Alhamdulillah, hari nie genap dua tahun sudah ikatan cinta kasih  dengan encik bobo tercinta ♥♥♥ 

best masa nie.. baju kita je kaler warna warni kan bobo :)

Macam sekejap sangat je masa berlalu, dan alhamdulillah, tahun  nie lebih bermakna dengan kehadiran budak kecik comey airina cayang... (^_^)

budak kecik comey ~~ hari pertama melihat dunia :)

Teringat zaman2 bercinta dulu, bukan main tak romantiknya encik bobo nie kan :) tapi yang paling best. walaupun tak berapa romantik, encik bobo suke je buat kejutan2 yang menyentuh jiwa~~ (sukenya bila dapat hadiah2 yang unexpected tu!! ;p)

Dan masih terkenang2 lagi di waktu hari akad nikah kami, seriau nya hanya Allah je yang tahu!! (^___^)

dah selamat!! :D (sengih je walaupun dalam hati dup dap kemain ;))

Alhamdulillah.. terima kasih untuk 2 tahun yang penuh indah dan penuh kasih sayang~~ dan terima kasih juga sebab selalu cintai mama seadanya walaupun mama memang super duper degil, manja, keras kepala, sememeh -- kuat nanes ;p.. selama kita bersama.. ;p semoga kebahagiaan ini akan selalu bersama kita selamanya, kan.. insyaAllah ;p

"Mungkin aku tidaklah sempurna, tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku~~ " :)

Ape2pun happy 2nd anniversary, tau bobo.. dan terima kasih juga untuk semua yang pernah bobo berikan pada mama. termasuklah budak kecik airina comey.. (sebab mata dia macam bobo kan. hehehe ;p)


betul kan, mata dia sungguh bulat seperti bobo.. hehehehe

Terima kasih ya Allah, untuk kebahagiaan yang tak terhingga ini~~ (, ^^)(^_^)(^^ ,)

Sunday, November 7, 2010

Misi : Jalan-jalan, Makan-makan (Part 1) ;p

Akhirnya hari nie berjaya jugak pergi berjalan2 seperti yang dirancang beberapa hari sebelum nie sebab budak kecik kami berjaya membangunkan diri dan tak tidur lama sangat pagi nie tadi ;p
Markas pertama yang dituju, tentulah East Coast Mall (ECM) dekat bandar, dengan matlamat untuk menebus 'voucher' Parkson bernilai RM10 pemberian kakak J yang akan tamat esok hari.. :) Dan dah namanya pun mama budak kan, kalau pergi membeli belah tu sepuluh ringgit mana lah nak cukup.. sudahnya, hasil beli itu + ini + barang perlu + barang tak perlu.. dan setelah ditolak dengan baucer berkenaan, selamat lah jugak terbang duit sebanyak hampir seratus ringgit (walaupun sebelum tu memang dah nekad konon2nya nak tambah barang pun paling sikit pun sejenis je..) huhu :p
Selesai acara ‘menabung’ dekat Parkson, acara seterusnya ialah makan2 pula :):) dan hasil terpengaruh dengan cerita2 indah adik ipar, makanya makan tengahari tersebut tersangatlah gembiranya iaitu chicken chop + kentang goreng + coleslaw + kacang panggang + hotdong seketul + telur mata + air tebu + kaya ball + roti boy ;D waaaaa seronok sungguh gabungan makanan tersebut.. ;p Memang asalnya teringin juga untuk ‘mempotretkan’ ‘wajah2’ pelbagai makanan tersebut sebelum dimakan, tapinya terseganlah pula dekat mama mentua tersayang (nampak macam sangat rakus pulak kan :D) hihihi
Seperti yang dijangka, airina kesayangan memangla tak berapa suka acara berjalan2 di tempat yang tak berapa nak damai seperti ini (a.k.a pusat membeli belah;p). Mula2 memanglah seronok je dia naik kereta sport warna merah jambu tiga roda dia tu sambil tersenyum2 sampai terlelap2 sekejap lagi, tapi sedang elok je mama dengan papa dan semua ‘in law’ sedang menikmati makanan, tiba2 je dia telah membuat amukan!! (hehe. nanes lah tu ;p). Oleh yang demikian terpaksalah acara makan2 tersebut dibuat dengan laju2 dan destinasi jalan2 yang seterusnya terpaksa ditunda keesokan hari (lagi pun dah nak dekat senja. huhu). Emm nampaknya kita pergi pantai esok petang sebelum balik je lah ye sayang? ;p
Kesimpulannya lepas nie kalau nak jalan2, mama dengan papa kena lah bawa airina si kecik nie ke tempat yang lebih aman damai je @ pantai ke, Zoo Negara ke (eh?), air terjun ke, pameran kat muzium ke kan.. sebab nampak2 macam dia sangat 'feeling2' je bila dibawa pergi ke tempat2 yang sebegitu sekali-sekala (romantik agaknya anak dara seorang nie bila besar nanti eh ;p)
Ingatkan bila dah penat berjalan2 di siang hari makanya mestilah budak kecik nie tidur lena pada malamnya, tapi nampaknya perkara tersebut hanya impian semata2 sebab elok je pukul 1o.3o malam tadi, dia kembali bangun dan mula buat muka comel sambil senyum2 dan masih sedang bergembira di sebelah nie walaupun jam dah menginjak ke angka 1.45 pagi..

nie la budak kecik yang tak reti2 nak tidur lagi walaupun dah tengah pagi.. ;) siap boleh bulat2kan mata lagi + posing sekali masa mama sua kamera phone kat dia tadi.. adehhhhhhh ;p

Huhuhu meh la tidur yea sayang, esok kan kita nak bangun awal nak pergi jalan2 lagi kan.. (^^ , )

Saturday, November 6, 2010

Mari Memasak di Tengah Pagi Hari ~~ ;p

Emm, susah betul rasanya nak melelapkan mata malam nie (eh, da tengah pagi sebenarnya :D).. seperti biasa, budak kecik pun memang time2 nie memang masa bermain dia.. (budak kecik, budak kecik.. tu la, siang tidur bukan main, malam2 seronok betul dia bergembira :)) nasib baik la mama dengan papa dia memang jenis takde masalah untuk berjaga malam nie :)

Sambil sibuk monitor budak kecik berguling2 atas katil [sebelah papa dia yang dah pengsan sekejap tu.. ;O ], tiba2 rasa macam seronok je nak online pulak :) Pulak tu baru2 nie telah mendapat hobi baru -- bermain acara masak2 @ cupcake corner facebook.. lagi la buntang je mata mama airina nie masa2 macam nie ;p


nie lah game kegemaran terbaru~~ sesuai sangat dengan hobi suka makan cake tu ye :)



Tunggu budak kecik tidur dulu baru boleh tidur ;p sementara tu layan dulu lah game nie sampai mengantuk nanti~~ :) emm budak kecik airina golek2 elok2 dengan papa ye, mama nak 'memasak' kejap ye sayang... hehehehehe ;D

Friday, November 5, 2010

Agenda yang tertunda~~ (^___^)

Emm aman damai je suasana dekat Kuantan sehari dua nie.. tapi yang tak berapa nak seronok sebab macam tak berjaya lagi nak buat acara jalan2 dengan makan2 dekat sini lagi.. :( Mana taknya, pantai timur nie kan pantang petang je mesti hujan pulak (da dekat musim tengkujuh kan ;( ) kalau tak hujan pun, si kecik tu pulak tengah seronok bertiduran~~ ;p malas pulak nak kacau lil beauty tu kalau dia tengah tidur.. ;D 

Jadinya esok punya rancangan macam nak berjalan dari tengahari sampai malam.. (sebab budak kecik mesti bangun lambat punya akibat seronok bermain  di malam hari.. ;p) kiranya untuk cover dua hari punya agenda lah nie. huahaha :)

Memandangkan hari nie mud suam2 kuku je, jadi itulah saja setakat hari ini.. hehehehe (^___^)

Thursday, November 4, 2010

Ada apa dengan Kuantan ~~ (^__^)

Alhamdulillah, akhirnya da selamat berada di kampung halaman En. bobo tersayang.. :) emmm seronok rasanya balik ke sini.. tak tahulah kenapa, memang tiap kali pun, rasa sangatlah excited terlebih je tiap kali balik ke sini ~~~

Alang2 da cuti lama sikit nie, rasanya macam nak pergi ke macam2 tempat.. semua tempat pun dekat je, tak payah nak tempuh2 jem macam dekat KL sana.. paling suka nak pergi tentulah pasar malam hari sabtu dekat bandar, warung Mok Na (best betul goreng2 tepung dia panas2 ;D), ECM, Megamall (nak habiskan kupon Parkson ihsan kakak Juita ;p) dan tempat yang sememangnya tak boleh tak pergi setiap balik ke sini semestinya...




cantik pantai nie, petang2 penuh je orang.. ;p

Teluk Chempedak!!!~~ hehehe. pusing2 naik dalam kereta pun jadi.. :p sambil makan aiskrim dengan kentang goreng yang beli drive thru dekat McD atau KFC tepi pantai tu.. tak sabarnya nak tunggu petang nanti.. hihihi (^___^)

Kesimpulannya, saya suka balik Kuantan!!~~ (^^ ,)

Wednesday, November 3, 2010

Malam yang seram.. huhuhuhu

Emmmm nak dijadikan cerita, sedang elok membasuh kain di rumah malam semalam.. terjadilah sesuatu kejadian yang agak meremangkan.. huhuhuhu. sedang sibuk2 tu, dengan bunyi air paip lagi, boleh pula terdengar bunyi sesuatu daripada luar bilik air, maksudnya bunyi dari belakang luar rumah.. huhuhu. lebih 'menyeronokkan', elok pula lepas tu, terdengar pula bunyi kucing bersahut-sahutan dalam nada yang sangat sayu... (tak best betul acara ni :( )

Jadi dengan perasaan buat2 tak tahu, tabahkan hati juga untuk menyiapkan kerja apa2 yang patut di dapur tu dulu.. basuh botol baby, mesin kain baju, kemas2 dapur -- kecuali menyambung acara membasuh baju dalam bilik air..(padahal masa tu bulu roma dah tegak semacam.. ;p) Sebabnya.. bila elok je air ditutup, lagi lah bunyi tersebut jelas kedengaran...

Sudahnya, kain yang konon2nya cuma tinggal untuk dibilas tu, terbiarla sampai ke pagi dalam besen beramai2 :)

Teruk betul!! ;p tula, sibuk sangat buat entri pasal kisah hantu siang semalam, tak pasal2 je terus 'mendapat' di malam harinya~~

Waaaaaa nak kena sambung balik acara yang terkandas tu, maklumla pagi ni dah ada di rumah kerana telah mula bercuti~~ ;D

Kesimpulannya, padan muka pada diri sendiri!!! :) :) :) berani sangat kan~~ Hehehehhhhhheeeeeeeee

Tuesday, November 2, 2010

All Time Favourite Movies.. He He Heeeee~~~ (^__^)

Emmm, tengah sibuk2 gugel tentang kerja sikit semalam, tiba2 termasuk pulak laman sesawang filem hantu J alahai tiba2 rasa macam rindu sangat zaman belajar dulu2 sebab memang hampir setiap malam, mesti pasang vcd filem hantu.. segala macam cerita hantu Jepun , Korea, China, Thailand.. sampai naik rosak vcd2 tersebut... hehehe.. memang layan sangat walaupun lepas tu nak pergi toilet malam2 mula lah seriau2 je perasaannya :p

Emm nie antara cerita2 yang memang suka sangat ditengok semasa zaman belajar dulu2, lagi2 masa musim exam dengan musim ‘shortcourse’, lagi extra layan (lepas tensyen konon2nya.. ;p)


The Eye (Edisi Hong Kong-Singaporean-Thai): Rasanya cerita nie merupakan pelopor kepada cerita2 hantu yang lain. Sebabnya selepas tu semakin banyak cerita hantu yang masuk di Malaysia ni selepas era filem hantu melayu..  Kisahnya berkisar tentang wanita yang dapat extra vision selepas pembedahan matanya..
(pakcik tua yang misteri. seram tu ;p)
Filem nie best sangat lagi2 babak makcik tua yang mukanya memang sangat horror dan babak masa final scene – ada kemalangan yang sangat dasyat sampai terbakar2 tu.. real sangat ;0 (tak dapat pulak gugel gambar makcik tu. Huhu)



The Shutter (Edisi Thailand) : Nie memangla cerita yang membuatkan diri ini bersama rumate2 yang lagi  3 orang sampai mengigau2 malam (teruk betul – elok pulak tengok masa buat 'shortcourse', dah la orang tak berapa nak ramai kat kolej. huhu ;D)
(awek dia yang mati sebab bunuh diri. hehehehehehehe ;p)
Babak paling best ialah bila hero ‘recognize’ yang kesakitan bahu yang dia alami selama nie adalah disebabkan bekas kekasih dia yang dah mati tu menumpang atas bahu dia rupa2nya (seram betul, tak boleh bayang.huhu)

Dark Water (Edisi Jepun) : Cerita nie suasana dia malap2 je.. Suka tengok budak kecik yang kiut yang jadi anak kepada heroin dalam cerita nie tu..
(da la culik mak orang, cekik pulak lagi. huhuhuhu)
Tapi yang tak bestnye filem hantu ada pulak ending dia sedih!! tak pasal2 je sememe sekejap tengok cerita ni.. mana boleh hantu culik mak orang!! Jahat tau~~

One missed call (Edisi Hong Kong) : Cerita nie biasa2 je, tapi sempat la jugak menyeramkan diri untuk menjawab panggilan telefon beberapa ketika ;p

The Wig (Edisi Korea) : Filem nie pun sedih jugak, sebab akhirnya kakak heroin tu mati disebabkan rambut palsu yang dihadiahkan adik dia (heroin) selepas kakaknya keguguran rambut akibat kanser rupa2nya berhantu.. Jahat betul hantu macam nie ;(

Tapi yang paling seram (rupa je la), memang Ju-on lah — tak boleh lawan punya.. hehehe. budak kecik Toshio tu tak la berapa menyeramkan, tapi tak suka betul acara mengesot2 oleh hantu perempuan berambut panjang dalam cerita nie..
(xnak la capture dari depan, seram muka dia. hihi)
Emmm nampaknya nak kena cari balik la vcd2 nie.. sebab da lama tak menakutkan diri sendiri.. hehehe. Sekian kisah hantu untuk kali ini.. (^__^)


Monday, November 1, 2010

Diet mode~~ Konon2nya.. ;p

Hari isnin datang lagi... tak best betul la.. sebab hari isnin nie mud hari minggu tu masih lagi menebal ;p emmm pagi nie datang kerja seperti biasa buka emel dulu, kumpulkan maklumat apa2 yang patut untuk buat laporan bulanan.. maklumla laporan kene sediakan awal2 sebab kalau jadi kerja terkumpul alamatnya semakin banyak la benda untuk dibuat menjelang tengah bulan nnti.. ;)
Sambil buat2 kerja, sambil makan roti.. wahhh macam mana la nak kurus macam nie :( emmm rasanya berat semakin bertambah2 sejak bekerja nie.. dulu2 zaman belajar kalau tak berapa nak sarapan atau makan malam pun masih mampu bertahan..  
Emm lama2, kalau asyik makan je, mau jadi macam nie..

Hehehe..

Emmm nampaknya, nak kena mula jugak lah berdiet sikit2 mulai saat nie.. kuatkan hati, insyaAllah!! (^__^)