Akhirnya hari nie berjaya jugak pergi berjalan2 seperti yang dirancang beberapa hari sebelum nie sebab budak kecik kami berjaya membangunkan diri dan tak tidur lama sangat pagi nie tadi ;p
Markas pertama yang dituju, tentulah East Coast Mall (ECM) dekat bandar, dengan matlamat untuk menebus 'voucher' Parkson bernilai RM10 pemberian kakak J yang akan tamat esok hari.. :) Dan dah namanya pun mama budak kan, kalau pergi membeli belah tu sepuluh ringgit mana lah nak cukup.. sudahnya, hasil beli itu + ini + barang perlu + barang tak perlu.. dan setelah ditolak dengan baucer berkenaan, selamat lah jugak terbang duit sebanyak hampir seratus ringgit (walaupun sebelum tu memang dah nekad konon2nya nak tambah barang pun paling sikit pun sejenis je..) huhu :p
Selesai acara ‘menabung’ dekat Parkson, acara seterusnya ialah makan2 pula :):) dan hasil terpengaruh dengan cerita2 indah adik ipar, makanya makan tengahari tersebut tersangatlah gembiranya iaitu chicken chop + kentang goreng + coleslaw + kacang panggang + hotdong seketul + telur mata + air tebu + kaya ball + roti boy ;D waaaaa seronok sungguh gabungan makanan tersebut.. ;p Memang asalnya teringin juga untuk ‘mempotretkan’ ‘wajah2’ pelbagai makanan tersebut sebelum dimakan, tapinya terseganlah pula dekat mama mentua tersayang (nampak macam sangat rakus pulak kan :D) hihihi
Seperti yang dijangka, airina kesayangan memangla tak berapa suka acara berjalan2 di tempat yang tak berapa nak damai seperti ini (a.k.a pusat membeli belah;p). Mula2 memanglah seronok je dia naik kereta sport warna merah jambu tiga roda dia tu sambil tersenyum2 sampai terlelap2 sekejap lagi, tapi sedang elok je mama dengan papa dan semua ‘in law’ sedang menikmati makanan, tiba2 je dia telah membuat amukan!! (hehe. nanes lah tu ;p). Oleh yang demikian terpaksalah acara makan2 tersebut dibuat dengan laju2 dan destinasi jalan2 yang seterusnya terpaksa ditunda keesokan hari (lagi pun dah nak dekat senja. huhu). Emm nampaknya kita pergi pantai esok petang sebelum balik je lah ye sayang? ;p
Kesimpulannya lepas nie kalau nak jalan2, mama dengan papa kena lah bawa airina si kecik nie ke tempat yang lebih aman damai je @ pantai ke, Zoo Negara ke (eh?), air terjun ke, pameran kat muzium ke kan.. sebab nampak2 macam dia sangat 'feeling2' je bila dibawa pergi ke tempat2 yang sebegitu sekali-sekala (romantik agaknya anak dara seorang nie bila besar nanti eh ;p)
Ingatkan bila dah penat berjalan2 di siang hari makanya mestilah budak kecik nie tidur lena pada malamnya, tapi nampaknya perkara tersebut hanya impian semata2 sebab elok je pukul 1o.3o malam tadi, dia kembali bangun dan mula buat muka comel sambil senyum2 dan masih sedang bergembira di sebelah nie walaupun jam dah menginjak ke angka 1.45 pagi..
nie la budak kecik yang tak reti2 nak tidur lagi walaupun dah tengah pagi.. ;) siap boleh bulat2kan mata lagi + posing sekali masa mama sua kamera phone kat dia tadi.. adehhhhhhh ;p |
Huhuhu meh la tidur yea sayang, esok kan kita nak bangun awal nak pergi jalan2 lagi kan.. (^^ , )
No comments:
Post a Comment