Tuesday, November 2, 2010

All Time Favourite Movies.. He He Heeeee~~~ (^__^)

Emmm, tengah sibuk2 gugel tentang kerja sikit semalam, tiba2 termasuk pulak laman sesawang filem hantu J alahai tiba2 rasa macam rindu sangat zaman belajar dulu2 sebab memang hampir setiap malam, mesti pasang vcd filem hantu.. segala macam cerita hantu Jepun , Korea, China, Thailand.. sampai naik rosak vcd2 tersebut... hehehe.. memang layan sangat walaupun lepas tu nak pergi toilet malam2 mula lah seriau2 je perasaannya :p

Emm nie antara cerita2 yang memang suka sangat ditengok semasa zaman belajar dulu2, lagi2 masa musim exam dengan musim ‘shortcourse’, lagi extra layan (lepas tensyen konon2nya.. ;p)


The Eye (Edisi Hong Kong-Singaporean-Thai): Rasanya cerita nie merupakan pelopor kepada cerita2 hantu yang lain. Sebabnya selepas tu semakin banyak cerita hantu yang masuk di Malaysia ni selepas era filem hantu melayu..  Kisahnya berkisar tentang wanita yang dapat extra vision selepas pembedahan matanya..
(pakcik tua yang misteri. seram tu ;p)
Filem nie best sangat lagi2 babak makcik tua yang mukanya memang sangat horror dan babak masa final scene – ada kemalangan yang sangat dasyat sampai terbakar2 tu.. real sangat ;0 (tak dapat pulak gugel gambar makcik tu. Huhu)



The Shutter (Edisi Thailand) : Nie memangla cerita yang membuatkan diri ini bersama rumate2 yang lagi  3 orang sampai mengigau2 malam (teruk betul – elok pulak tengok masa buat 'shortcourse', dah la orang tak berapa nak ramai kat kolej. huhu ;D)
(awek dia yang mati sebab bunuh diri. hehehehehehehe ;p)
Babak paling best ialah bila hero ‘recognize’ yang kesakitan bahu yang dia alami selama nie adalah disebabkan bekas kekasih dia yang dah mati tu menumpang atas bahu dia rupa2nya (seram betul, tak boleh bayang.huhu)

Dark Water (Edisi Jepun) : Cerita nie suasana dia malap2 je.. Suka tengok budak kecik yang kiut yang jadi anak kepada heroin dalam cerita nie tu..
(da la culik mak orang, cekik pulak lagi. huhuhuhu)
Tapi yang tak bestnye filem hantu ada pulak ending dia sedih!! tak pasal2 je sememe sekejap tengok cerita ni.. mana boleh hantu culik mak orang!! Jahat tau~~

One missed call (Edisi Hong Kong) : Cerita nie biasa2 je, tapi sempat la jugak menyeramkan diri untuk menjawab panggilan telefon beberapa ketika ;p

The Wig (Edisi Korea) : Filem nie pun sedih jugak, sebab akhirnya kakak heroin tu mati disebabkan rambut palsu yang dihadiahkan adik dia (heroin) selepas kakaknya keguguran rambut akibat kanser rupa2nya berhantu.. Jahat betul hantu macam nie ;(

Tapi yang paling seram (rupa je la), memang Ju-on lah — tak boleh lawan punya.. hehehe. budak kecik Toshio tu tak la berapa menyeramkan, tapi tak suka betul acara mengesot2 oleh hantu perempuan berambut panjang dalam cerita nie..
(xnak la capture dari depan, seram muka dia. hihi)
Emmm nampaknya nak kena cari balik la vcd2 nie.. sebab da lama tak menakutkan diri sendiri.. hehehe. Sekian kisah hantu untuk kali ini.. (^__^)


No comments:

Post a Comment