Tuesday, November 16, 2010

Warna-warni Menjelang Raya~~

Salam,
Hampir seminggu rasanya blog kesayangan nie tak sempat diupdate kerana kesuntukan masa dan servis internet yang sangatlah tidak memuaskan :) :) Semalam, sedang asyik berbual dengan rakan sepejabat, tiba2 dimaklumkan oleh seorang rakan pejabat yang lain untuk membaca satu blog yang tak mahu saya sebutkan disini~~ terkejut betul dengan tingkahlaku pemilik blog yang seorang nie, sanggup menulis cerita (tak pastilah samada betul atau pun tidak) dan sanggup membuka aib orang lain dalam blog beliau semata2 untuk kepentingan sendiri (mungkin) atau memang sengaja mencari glamour dengan cara yang tak berapa betul~~ (menjelang petang semalam bila digugel hampir setiap blog, terutamanya di blog hiburan ada membuat post mengenai insan yang seorang ini :( kesian pihak yang satu lagi tu, sudahlah terkenal dan dihormati, tak tahulah apa yang ada dalam hati empunya blog tersebut :( :( (dunia2, nampaknya bila dah nak akhir zaman nie makin dahsyat sungguh tingkahlaku manusia yang diberi akal fikiran, sampaikan benda2 yang sepatutnya disimpan rapi secara peribadi pun nak disebar2kan juga tanpa perasaan bersalah.. ;(
Emm lupakan cerita yang tak indah tu, sebab nak ambil mud pula menjelang aidiladha esok~~ waktu nie, rasa2nya  mesti emak sedang sibuk 'berperang' didapur untuk mula memasak, sebab pada kebiasaannya menjelang maghrib, hidangan untuk hari raya pasti telah tersedia.. *sayang emak* ;p ;p dan pagi tadi sebelum ke tempat kerja, sempatlah juga mendengar emak memesan ayam kampung untuk dibeli oleh abah di pasar borong.. confirm!! balik nanti pasti ada rendang ayam kampung menunggu di atas meja :) :) dan esok pagi pula pasti ada nasi impit, ketupat palas *sebab nampak semalam macam ada daun palas abah beli. mesti nak buat ketupat palas lah tu. hehe*, kuah kacang dan mee rebus singapura untuk hidangan sepanjang hari~~ huhuhu makin moncet lah perut nampaknya esok ;p ;p best betul ada mak yang sangat pakar memasak :) :)
Entah kenapa, lupa pula untuk mengambil cuti sebelum nie untuk membantu emak menyediakan hidangan hari raya kali nie.. kesian emak. Huhuuu. Dan masa berbual2 pagi tadi tentang aktiviti mak dan abah esok, sempat jugalah bertanya pada emak berapakah anggaran untuk disediakan kalau ingin menyertai ibadah korban di masjid :) emmm okey, dah tau dah berapa ongkosnya... ;p ;p moga2, tahun depan, adalah rezeki untuk sertai ‘portion’ korban di masjid hendaknya~~ harap2nya lah ;p ;p mudah2an dilapangkan lah rezeki untuk tujuan tersebut, insyaAllah~~ (^__^)

No comments:

Post a Comment